Monday, 8 May 2017

Penolong Ketua Projek

Minggu 1
Pada minggu pertama kelas Khidmat Masyarakat, pensyarah kami Madam Ily telah menerangkan tentang objektif untuk program khidmat masyarakat yang akan dijalankan. Madam Illy telah memberi tugasan kepada kami untuk mencari tempat yang akan dijadikan sebagai tempat untuk kami menjalankan aktiviti khidmat masyarakat kami. Kami telah memberi beberapa cadangan untuk dijadikan tempat aktiviti khidmat masyarakat. 

Minggu 2
Pada minggu kedua, beberapa kumpulan telah membentangkan hasil tugasan yang telah diberikan oleh Madam Ily. Saya juga telah memberitahu tentang perkembangan perbualan bersama Ahli Parlimen Lenggong, Dato Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah cadangan untuk meminta beliau mengadakan satu program bagi kami menjalankan aktiviti khidmat masyarakat. Kami telah membuat satu perjumpaan untuk melantik AJK yang telah ditetapkan. 

Minggu 3
Pada minggu ketiga, kami telah sebulat suara bersetuju untuk membuat aktiviti khidmat masyarakat di Lenggong, Perak dibawah tajaan Ahli Parlimen Lenggong. Saya telah berbincang bersama Madam Ily untuk menamakan program khidmat masyarakat kami sebagai Siswa Berbakti. 

Minggu 4
Saya telah berhubung dengan pembantu peribadi Dato Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah untuk menerangkan tentang program khidmat masyarakat kami. 

Minggu 5
Kami telah pergi ke Kg Luat, Lenggong, Perak untuk berjumpa dengan ketua kampung Kg Luat iaitu Encik Bakri untuk menjelaskan tujuan kami. 

Minggu 6
Kami telah membahagikan tugas dan berbincang aktiviti apa yang akan dijalankan untuk program khidmat masyarakat. 

Minggu 7
Kami melakukan tugas-tugas yang diberikan. 

Minggu 8
Kami melakukan tugas-tugas yang diberikan.

Minggu 9
Kami melakukan tugas-tugas yang diberikan.

Minggu 10
Kami telah berjumpa dengan pembantu peribadi Dato Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah di McDonald Bercham untuk membincangkan tentang tentatif program dan tajaan yang akan diberikan. Kami juga telah pergi ke Jalan Kuala Kangsar untuk membandingkan harga pokok dan mencari hamper sebanyak 15 buah. 

Minggu 11
Kami telah pergi ke Kg Luat, Lenggong sekali lagi untuk berjumpa dengan Encik Bakri untuk membincangkan lebih teliti tentang program khidmat masyarakat kami. 

Minggu 12
Kami telah membincangkan tugas-tugas dan telah memastikan tugas yang diberikan berjalan dengan lancar. 

Minggu 13
Saya telah berjumpa dengan pembantu peribadi Dato Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah di Restoran Vanggey, Greentown untuk membincangkan tentang program khidmat masyarakat kami dan telah meminta duit tajaan daripada beliau untuk diagihkan kepada AJK tertentu untuk membeli barang yang diperlukan. 

Minggu 14
Saya telah pergi ke kedai Surecopy Photostat & Printing untuk menghantar "design" bunting untuk program kami. Program Siswa Berbakti berjalan dengan lancar dan jayanya seperti yang dirancangkan. 

Majlis perasmian oleh Dato Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah

Majlis perasmian oleh Dato Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah

Sesi penyampaian cenderahati oleh wakil KPTM kepada Dato Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah

Sesi penyampaian cenderahati kepada Encik Bakri. 

Kami mengambil gambar bersama Ahli Parlimen Lenggong dan Ketua Kampung Kg Luat selepas majlis perasmian. 

Kami bergambar sebagai kenangan sebelum berangkat pulang ke Ipoh. 

Saturday, 22 April 2017

Bendahari

NURUL HUDA BINTI HASSAN

09/03/2017
- Pembayaran pendahuluan duit baju sebanyak RM320 telah dibankinkan kepada sebuah syarikat yang bernama Perfect Idea .

20/03/2017
- Pembayaran baki duit baju telah dibankinkan kepada Perfect Idea dengan jmlah RM210

23/03/2017
- Sebanyak RM20 telah dikelurkan bagi pembayaran barang-barang untuk aktiviti yang bakal        dijalankan pada hari kejadian.

29/03/1017
-Pembayaran duit baju tambahan untuk YB dan ustaz sebanyak RM50 telah dibankinkan.

14/4/2017
-Pembayaran duit plug sebanyak RM90 kepada syarikat Virtual Venture.

Wednesday, 19 April 2017

PERASMIAN

IFFA NABIHA BINTI ABDUL GHANI
HANIS IZATY BINTI ABDUL RAHMAN

TENTATIF MOMENT TO MOMENT

MOMENT TO MOMENT PERASMIAN  PROGRAM SISWA BERBAKTI BERSAMA PENDUDUK KG LUAT

Lokasi : KPTM IPOH

6.00-6.30am

·         Pelajar berkumpul di kolej.24 pelajar DMM0421 dan 1 penasihat.
Tindakan :AJK Logistik

     Lokasi :Tasik Sendahulu,Kg Luat

7.00-7.30am

·         Dijangka sampai
·         Persiapan untuk program Siswa Bakti

Tindakan : AJK Logistik (Fazmy)
8.30-8.35am
1.khemah
Ucapan dari Ketua Kampung Kg Luat
-Kata kata aluan dari Ketua kampung

Tindakan ; AJK Perasmian  ( Bieha,Hanis)
8.35-8.40 am

Bacaan Doa

Tindakan : AJK Multimedia (Faiz)
8.40-9.00am

Sarapan

Tindakan : AJK Makanan (Amalia,Fiza)
9.00-11.00 am

Aktiviti bergotong-royong
Menanan pokok

Tindakan : Semua AJK terlibat
11.00 am-12.30pm

Merewang bersama penduduk kampung

Tindakan :AJK Makanan (Amalia,Fiza)

      Lokasi : Khemah

12.30-12.45pm

·         Ketibaan VIP & Jemputan
Tindakan : AJK Multimedia (Faiz)

Tindakan:diiringi AJK Tajaan(RAHIMAH&HAZIQ),
AJK Teknikal(FAZMY audio dan projector)

Mengumumkan ketibaan Pengarah KPTM,diiringi tetamu tetamu kehormat dan ketua projek.

Audio : Muzik Gamelan berhenti sebaik VIP duduk

12.45pm

Para hadirin diminta untuk berdiri bagi bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku diiringi lagu MARA dan KEPUNCAK AWAN.

Audio:NEGARAKU , Lagu MARA dan lagu KEPUNCAK AWAN

Hadirin dipersilakan duduk. Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,majlis menjemput Saudara Muhammad Faiz Bin Razali untuk membacakan doa. Majlis mempersilakan.
-
Amin amin ya rabbal a’alamin. Terima kasih kepada saudara Mohd Faiz.

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,
Sebelum pulang mengail ikan,
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Selamat datang ke MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SISWA BERBAKTI BERSAMA PENDUDUK KG LUAT.
Pada tanggal 23 hari bulan april 2017,satu perjumpaan telah diadakan antara sekumpulan pelajar KPTM Ipoh di bawah pengawasan penasihat projek Ustaz Fadhlur Rahman bin Mohammed Rosli , bersama ketua kg Luat Encik Bakri bin Ariffin bagi menyatakan hasrat untuk mengadakan program Siswa Berbakti di sini. Atas hasil usaha dan titik peluh seramai 24 pelajar diketuai oleh Ketua Projek, Mohd Fitri , syukur ke hadrat IIahi kita mencapai objektif hasrat tersebut.

12.55 pm

Bagi tidak membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Projek Mohd Fitri. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan
-
Terima kasih saudara Mohd Fitri atas ucapan ringkas beliau sebentar tadi. Bagi meneruskan majlis dengan ni mempersilakan wakil KPTM bagi menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
-
Terima kasih Saudara wakil KPTM atas ucapan beliau sebentar tadi
-
Seterusnya majlis mempersilakan ketua kg Luat, Encik Bakri bin Ariffin bagi menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
-
Terima kasih Saudara Encik Bakri bin Ariffin atas ucapan beliau sebentar tadi
-
Kini tibalah masa yang dinantikan. Bagi meneruskan acara, majlis dengan ini menjemput yang berhormat Datuk Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah, selaku Ahli Parlimen Lenggong untuk memberikan sepatah dua kata seterusnya , merasmikan majlis kita pada hari ini. Majlis dengan sukacitanya, mempersilakan.
Tindakan:
-          Sebaik sahaja dirasmikan, montaj countdown

Untuk itu, diminta wakil KPTM Ustaz Fadhlur Rahman naik ke atas pentas bagi upacara penyerahan plug kepada YB Datuk Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah

*tangkap gambar YB Datuk Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah

Terima kasih kepada YB Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah  di atas kesudian merasmikan majlis kita pada tengah hari ini.

1.30 pm

Dengan berakhirnya acara penyampaian plug sebentar itu tadi, maka berakhirlah Majlis
PERASMIAN PROGRAM SISWA BERBAKTI BERSAMA PENDUDUK KG LUAT. Diharap kerjasama antara pihak KPTM Ipoh dan Kg Luat, dan program-program seumpama ini dapat dikekalkan dan menjadi satu ikatan yang kukuh dan diredhai Allah swt.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta
Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

MOMENT TO MOMENT PERASMIAN  PROGRAM SISWA BERBAKTI BERSAMA PENDUDUK KG LUAT

Lokasi : KPTM IPOH

6.00-6.30am

·         Pelajar berkumpul di kolej.24 pelajar DMM0421 dan 1 penasihat.
Tindakan :AJK Logistik

     Lokasi :Tasik Sendahulu,Kg Luat

7.00-7.30am

·         Dijangka sampai
7.30-8.30am

·         Persiapan untuk program Siswa Bakti

Tindakan : AJK Logistik (Fazmy)
8.30-8.35am
1.khemah
Ucapan dari Ketua Kampung Kg Luat
-Kata kata aluan dari Ketua kampung

Tindakan ; AJK Perasmian  ( Bieha,Hanis)
8.35-8.40 am

Bacaan Doa

Tindakan : AJK Multimedia (Faiz)
8.40-9.00am

Sarapan

Tindakan : AJK Makanan (Amalia,Fiza)
9.00-11.00 am

Aktiviti bergotong-royong
Menanan pokok

Tindakan : Semua AJK terlibat
11.00 am-12.30pm

Merewang bersama penduduk kampung

Tindakan :AJK Makanan (Amalia,Fiza)

      Lokasi : Khemah

12.30-12.45pm

·         Ketibaan VIP & Jemputan
Tindakan : AJK Multimedia (Faiz)

Tindakan:diiringi AJK Tajaan(RAHIMAH&HAZIQ),
AJK Teknikal(FAZMY audio dan projector)

Mengumumkan ketibaan Pengarah KPTM,diiringi tetamu tetamu kehormat dan ketua projek.

Audio : Muzik Gamelan berhenti sebaik VIP duduk

12.45pm

Para hadirin diminta untuk berdiri bagi bersama-sama menyanyikan lagu NEGARAKU, MARA DAN KEPUNCAK AWAN.

Audio:NEGARAKU, Lagu MARA dan lagu KEPUNCAK AWAN

Hadirin dipersilakan duduk. Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,majlis menjemput Saudara Muhammad Faiz Bin Razali untuk membacakan doa. Majlis mempersilakan.
-
Amin amin ya rabbal a’alamin. Terima kasih kepada saudara Mohd Faiz.

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,
Sebelum pulang mengail ikan,
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Selamat datang ke MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SISWA BERBAKTI BERSAMA PENDUDUK KG LUAT.
Pada tanggal 23 hari bulan april 2017,satu perjumpaan telah diadakan antara sekumpulan pelajar KPTM Ipoh di bawah pengawasan penasihat projek Ustaz Fadhlur Rahman bin Mohammed Rosli , bersama ketua kg Luat Encik Bakri bin Ariffin bagi menyatakan hasrat untuk mengadakan program Siswa Berbakti di sini. Atas hasil usaha dan titik peluh seramai 24 pelajar diketuai oleh Ketua Projek, Mohd Fitri , syukur ke hadrat IIahi kita mencapai objektif hasrat tersebut.

12.55 pm

Bagi tidak membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Projek Mohd Fitri. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan
-
Terima kasih saudara Mohd Fitri atas ucapan ringkas beliau sebentar tadi. Bagi meneruskan majlis dengan ni mempersilakan wakil KPTM bagi menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
-
Terima kasih Saudara wakil KPTM atas ucapan beliau sebentar tadi
-
Seterusnya majlis mempersilakan ketua kg Luat, Encik Bakri bin Ariffin bagi menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
-
Terima kasih Saudara Encik Bakri bin Ariffin atas ucapan beliau sebentar tadi
-
Kini tibalah masa yang dinantikan. Bagi meneruskan acara, majlis dengan ini menjemput yang berhormat Datuk Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah, selaku Ahli Parlimen Lenggong untuk memberikan sepatah dua kata seterusnya , merasmikan majlis kita pada hari ini. Majlis dengan sukacitanya, mempersilakan.
Tindakan:
-          Sebaik sahaja dirasmikan, montaj countdown

Untuk itu, diminta wakil KPTM Ustaz Fadhlur Rahman naik ke atas pentas bagi upacara penyerahan plug kepada YB Datuk Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah

*tangkap gambar YB Datuk Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah

*tangkap gambar yb bersama warga kptm dan ketua kampung

Terima kasih kepada YB Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah  di atas kesudian merasmikan majlis kita pada tengah hari ini.

1.30 pm

Dengan berakhirnya acara penyampaian plug sebentar itu tadi, maka berakhirlah Majlis
PERASMIAN PROGRAM SISWA BERBAKTI BERSAMA PENDUDUK KG LUAT. Diharap kerjasama antara pihak KPTM Ipoh dan Kg Luat, dan program-program seumpama ini dapat dikekalkan dan menjadi satu ikatan yang kukuh dan diredhai Allah swt.
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

1.30-2.00 pm

Solat Zohor Berjemaah

Tindakan : Ketua Projek (Fitri)
2.00-2.30 pm

Makan Tengah hari bersama Penduduk Kampung Luat

Tindakan : AJK Makanan (Amalia,Fiza)
Tindakan : AJK  Kebersihan (Asyiqin,Wan)
2.30-2.45 pm

Aktiviti
·         Bola ping pong dalam sudu (Bieha,Amalia)
Musang berjanggut(eika,fiza,dhaniah)

Tindakan : AJK Aktiviti (Sabrina,Murni)
2-45-3.00 pm

Aktiviti
·         Musical Chair (Rahema,Huda)
·         Cari gula-gula dalam tepung (Yien,Dayah)

Tindakan : AJK Aktiviti (Sabrina,Murni)
3.00-4.30 pm

Aktiviti
·         Bola sepak kain sarung(faris,mus)

Tindakan : AJK Aktiviti (Sabrina,Murni)

4.30-5.00pm

Solat asar berjemaah

Tindakan : Ketua Projek (Fitri)
5.00-5.05pm

Bacaan doa penutup

Tindakan : AJK Multimedia (Faiz)

5.05-5.20pm

Penyampaian hadiah oleh ketua kampung

Tindakan :  AJK Protokol (Nazirah,Suzana)
Tindakan : AJK Pentas (Eika,Dahnia)
5.20-5.30

Majlis Penutupan oleh Ketua Kampung
Sesi bergambar bersama Ketua Kampung Dan Orang Kampung

Tindakan : Semua AJK terlibat
Tindakan : AJK Multimedia (Faiz)
5.30 pm

Bersurai

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

Teks Ucapan Pengacara Majlis
Mengumumkan ketibaan Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar KPTM, diirngi tetamu kehormat dan ketua projek untuk masuk ke dalam dewan
*audio Gamelan
--
Para hadirin diminta untuk berdiri bagi bersama-sama menyanyikan lagu NEGARAKU, MARA diiringi lagu Kepuncak Awan

Audio:NEGARAKU, Mara dan lagu Kepuncak Awan

Hadirin dipersilakan
  Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis menjemput Saudara Muhammad Faiz Bin Razali untuk membacakan doa. Majlis mempersilakan.
-
Amin amin ya rabbal a’alamin. terima kasih kepada saudara Faiz.

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum wbt, Salam KPTM, Salam Perak Amanjaya dan Salam 1Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Yang Berhormat Dato Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah,Ahli Parlimen Lenggong, Pengarah KPTM Ipoh Puan Noor Azhani Binti Yaacob. Tidak lupa juga penghargaan kepada Ketua Kampung Luat, Encik Bakri bin Ariffin dan seterusnya yang diraikan ,penduduk Kg Luat dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Pergi berhuma di Tanjung Rokan,
Sebelum pulang mengail ikan,
Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan,
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Selamat datang ke MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SISWA BERBAKTI BERSAMA PENDUDUK KG LUAT.
Pada tanggal 1 haribulan march 2017,satu perjumpaan telah diadakan antara sekumpulan pelajar KPTM Ipoh di bawah pengawasan penasihat projek Encik Ustaz Fadhlur Rahman bin Mohammed Rosli, bersama ketua kg Luat Encik Bakri bin Ariffin bagi menyatakan hasrat untuk mengadakan program Siswa Berbakti di sini. Atas hasil usaha dan titik peluh seramai 24 pelajar diketuai oleh Ketua Projek, Mohd Fitri bin Sukri , syukur ke hadrat IIahi kita mencapai objektif hasrat tersebut.
Bagi tidak membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Projek Mohd Fitri. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan
-
Terima kasih saudara Mohd Fitri atas ucapan ringkas beliau sebentar tadi. Bagi meneruskan majlis dengan ni mempersilakan wakil KPTM bagi menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
-
Terima kasih Saudara wakil KPTM atas ucapan beliau sebentar tadi
-
Seterusnya majlis mempersilakan ketua kg Luat, Encik Bakri bin Ariffin bagi menyampaikan sepatah dua kata. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
-
Terima kasih Saudara Encik Bakri bin Ariffin atas ucapan beliau sebentar tadi
-
Kini tibalah masa yang dinantikan. Bagi meneruskan acara, majlis dengan ini menjemput yang berhormat Datuk Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah, selaku Ahli Parlimen Lenggong untuk memberikan sepatah dua kata seterusnya , merasmikan majlis kita pada hari ini. Majlis dengan sukacitanya, mempersilakan.
Tindakan:
-         Sebaik sahaja dirasmikan, montaj countdown

Untuk itu, diminta wakil KPTM Ustaz Fadhlur Rahman bin Mohammed Rosli naik ke atas pentas bagi upacara penyerahan plug kepada YB Datuk Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah

*tangkap gambar YB Datuk Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah
*tangkap gambar bersama Yb ,ketua kampung dan warga kptm